3 Langkah Urutan Elak Kembung dan Atasi Sembelit Bayi

Ibu-ibu mesti risau kan kalau bayi kembung atau sembelit. Bayi biasanya akan meragam, menangis, susah nak tidur, sebab tak selesa.

Ibu boleh la cuba 3 langkah urutan ni untuk elak atau atasi kembung dan sembelit bayi, juga melawaskan pembuangan bayi.

Urutan Perut ‘I Love U’

 

 

Langkah pertama, urutan perut I Love U. Ha, ada yang belum tau ke macam mana urutan I Love U ni?

Urutan I Love U ni khas untuk elak kembung dan lawaskan pembuangan bayi, juga untuk elak atau atasi sembelit.

Boleh gunakan minyak perut bayi atau balm bayi. Ummi macam biasa lah, guna balm T-Rub dari Tasneem Naturel.

1. Mulakan dengan membuat gerakan huruf ‘I’ dengan tangan kanan ibu, dari atas ke bawah, di sebelah kiri perut bayi (sebelah kanan ibu).

2. Buat gerakan huruf ‘L’ dari kanan perut bayi, ke arah kiri perut bayi, dan ke bawah.

3. Buat gerakan berbentuk huruf ‘U’ terbalik, dari bahagian bawah sebelah kanan ke arah atas, ke sebelah kiri dan ke arah bawah sebelah kiri perut bayi.

Ulang 2-3 kali secara lembut, sambil sebut “I Love you” atau boleh la berbual dengan bayi.

Urutan Tapak Kaki Bayi

Langkah kedua, ibu boleh juga buat urutan di tapak kaki bayi. Gunakan minyak bayi atau balm yang sesuai.

Tapak kaki ni mempunyai urat saraf yang bersambung dengan organ badan. Untuk masalah perut, boleh lakukan urutan di bahagian tengah tapak kaki. Boleh rujuk gambar, zon 4 dan 5.

Senaman Kayuh Basikal

 

Langkah ketiga, senaman kayuh basikal, untuk atasi masalah sembelit. Bengkokkan kaki bayi dan gerakkan kiri dan kanan seolah mengayuh basikal.

Ibu-ibu boleh la buat urutan perut dan tapak kaki ni setiap kali lepas mandikan bayi. InsyaAllah masalah kembung dan sembelit bayi dapat diatasi.

Pastikan guna minyak atau balm khas untuk bayi ye. Jangan guna minyak urut dewasa pula.

Ummi suka guna minyak Resty Oil atau balm T-Rub dari Tasneem Naturel, sebab tak panas, tak berangin, selesa sangat untuk bayi. Bahannya pun natural dengan kandungan essential oil terbaik untuk perut.

Bila perut selesa, bayi nak tidur pun selesa, tak meragam, ibu pun senang hati kan.

Semoga perkongsian ini bermanfaat.

Ummi Salina.

Leave a Reply

Open chat
Powered by