5 CARA ANAK SUKA MAKAN SAYUR

Hari tu ummi ada kongsikan idea menu untuk sarapan anak yang sihat dan berkhasiat. Ada ke yang dah cuba? Ummi ada tekankan perlunya ada sayur untuk setiap menu anak. Sentiasa masukkan sayur walaupun anak kadang kala akan memilih untuk tidak makan sayur.

Sebenarnya ada cara untuk buat anak suka untuk makan sayur. Ummi kongsikan di sini antara cara yang biasa ummi buat.

1. Ceritakan kebaikan sayur secara santai dan mudah anak faham.

Ceritakan kebaikan sayur yang mudah anak faham dan terima. Boleh kaitkan dengan cerita kartun contohnya kartun Popeye.

“Popeye kan makan sayur bayam, jadi kuat, boleh tolong orang yang susah.”
Boleh cerita makan sayur kulit cantik, mata cantik, badan sihat.

“Rabbit kan suka makan carrot. Sebab tu mata rabbit cantik, siapa nak mata cantik?”

Senang je kan, boleh cerita sambil makan, atau sambil membaca buku yang berkaitan.

2. Buat hiasan makanan menggunakan sayur.

Boleh cuba buat ‘food art’ atau hiasan bento anak menggunakan sayur yang dibentuk dengan pelbagai bentuk menarik.

Ajak anak makan dengan cara bercerita juga:

“Hakim, carrot ni bentuk bintang la, jom makan bintang nak, kira berapa bintang yang dah kena makan.”

3. Masukkan sayur dalam homemade nugget/sosej/patty/bebola.

Yang ni paling best. Sayur macam lobak merah, bayam, brokoli, cauliflower, sawi, semua boleh dimasukkan dalam homemade nugget, sosej, bebola, atau patty burger. Cincang halus atau kisar sayur bersama bahan-bahan lain. Bila dah siap, anak akan teruja untuk makan tanpa perasan ada sayur dalam tu.

 

Boleh juga ajak anak buat bersama. Walaupun anak tau dalam tu ada sayur, tapi bila dah siap diorang lebih teruja untuk makan hasil tangan diorang, tanpa terfikir ada sayur didalamnya. Nak cuba buat? Boleh tengok resepi bebola ayam sayur yang ummi kongsikan di gambar terakhir.

4. Buat pertandingan makan sayur sesama adik beradik.

 

Waktu makan hidangan tengahari, ada nasi, lauk dan sayur. Ummi akan letakkan sayur dalam pinggan semua anak-anak. Masa makan, ummi akan ajak diorang berlumba siapa paling cepat atau paling banyak makan sayur.
Buat kiraan “1,2,3, ngap..” Anak-anak akan teruja nak berlumba siapa dulu ambik sayur dan masuk mulut dengan cepat.

 

Biasanya anak-anak ummi suka kalau ada sayur brokoli (diorang panggil sayur pokok), cauliflower (diorang panggil sayur putih), lobak merah, dan bayam atau kangkung.

5. Beri pujian dan ganjaran kepada anak yang makan sayur.

 

Beri pujian bila salah seorang anak makan sayur. Adik beradik lain akan tengok dan mengikut juga sebab nak dipuji juga. Boleh juga beri ganjaran contohnya, makan sayur dapat ayam goreng lebih, dapat aiskrim, dan sebagainya.

Resepi Bebola Ayam Sayur

Bahan-bahan :
Isi ayam
Bawang putih
Carrot
Bayam
Cheese blok beqa (ni saja tambah)
Garam pink himalaya
Serbuk lada sulah
Extra virgin olive oil
Tepung jagung
Cream cheese (untuk Syifaa masa ni umur < 2y)

Cara-caranya :

Kisar isi ayam, bawang putih, carrot, bayam, cheese blok beqa, saya guna food processorDah siap, saya asingkan untuk Syifaa, letak cream cheese, serbuk lada sulah dan tepung jagung, tak letak garam sebab belum 2 tahun.Yang untuk orang lain, gaul dengan garam, serbuk lada sulah, dan tepung jagung.

Minyakkan tangan dengan evoo, bulat-bulatkan adunan tadi, terus masuk dalam air + air batu. Dah siap bulatkan sampai habis, didihkan air dalam periuk, masuk bebola tadi, biar sampai timbul, angkat dan toskan.

Boleh la disimpan sejuk beku, makan terus pun boleh, sedap digoreng, masak dalam sup pun sedap. Nak lebih menarik yang dah siap goreng boleh cucuk-cucuk kat lidi, mesti anak suka sangat!

Kuah spaghetti bolognese bersayur

Bahan-bahan:

Sebiji bawang besar
2 ulas bawang putih
1 sudu Cili kering kisar
2 biji tomato
1/2 batang lobak merah
1 cawan Daging kisar
Garam pink
Herbs untuk bolognese

Cara-caranya:

1. Tumis bawang besar dan bawang putih.
2. Masukkan cili kering kisar sikit je.
3. Dah garing sikit, masukkan tomato yang dikisar (blend).
4. Masuk daging kisar, dan lobak merah yang didadu halus.
5. Biarkan sampai daging empuk. Boleh tambah air dan tutup periuk atau kuali untuk bagi daging empuk.
6. Perasakan dengan garam pink.
7. Tabur herbs untuk bolognese.

Sementara masak kuah tu boleh la rebus spaghetti nya. Dah siap boleh la ajak anak-anak makan dengan gembira.

Mudah je kan sebenarnya nak tarik perhatian anak untuk suka makan sayur. Sebagai ibu ayah, kita perlu sentiasa usaha, rajin, kreatif dan bijak untuk pastikan anak makan sayur. Zat dari sayur ni penting untuk anak dan diperlukan untuk tubuh badan yang sihat dan otak yang cerdas.

Leave a Reply