Ibu ayah, hari cuti biasanya buat apa bersama anak-anak? Jom manfaatkan hari cuti dengan aktiviti berfaedah. Yang ber
#pkpb tu lagi la anak 24 jam di rumah kan, jom buat sesuatu yang menarik disamping boleh mengasah kemahiran motor halus anak-anak.
Apa itu motor halus? Kemahiran motor halus atau ‘fine motor skills’ adalah aktiviti atau tindakan fizikal yang melibatkan otot kecil. Kebiasaannya melibatkan aktiviti jejari dengan penglihatan, antaranya koordinasi jari tangan, pergelangan tangan, pergelangan kaki, dan jari kaki. Ok selebihnya korang boleh la google dan baca sendiri ye.
Disebabkan cuti hari ni sempena Maulidur Rasul, dan ummi pun lama dah tak ajak diorang beraksi di dapur, jadi ummi pun ajak la diorang buat homemade french fries ni. Sangat mudah, sedap dan semestinya lebih sihat dari yang fast food atau frozen tu.
Bukan apa, kalau yang frozen atau fast food tu semestinya ada pengawet, dan ada bahan perisa iaitu MSG, dan juga tinggi garam. Sebolehnya nak sediakan makanan lebih sihat untuk anak-anak kan.
Bahan-bahan yang diperlukan:
1. Kentang – 5 biji saiz sederhana
2. Bawang putih – 3 ulas
3. Tapung beras
4. Tepung jagung
5. Serbuk kari
6. Garam
7. Air sejuk + ais
Jom tengok langkah demi langkah cara buat french fries ni kat setiap gambar. Mudah sangat tau.

1. Kupas kulit kentang. Kami guna 5 biji kentang saiz sederhana.
Aktiviti ni melibatkan kemahiran jejari tangan anak memegang pisau dan koordinasi tangan dengan mata.
Gilir-gilir kupas kentang.
2. Potong kentang bentuk memanjang.
Sama juga, kemahiran jejari, tangan, dan koordinasi dengan mata.
Menguji kemahiran mengukur (matematik) juga untuk dapat saiz kentang yang sepatutnya, mengenal bentuk.
3. Rebus kentang bersama 3 ulas bawang putih yang diketuk dan sedikit garam.
Rebus sampai separuh empuk je jangan sampai empuk sangat ye.
Menguji kemahiran jejari mengopek kulit bawang putih.
Belajar sains dalam memasak, merebus, suhu air mendidih.
4. Toskan kentang, dan terus rendam kentang ke dalam air sejuk + ais. Kami tak de ais, rendam dalam air sejuk Coway je.
Rendam dalam air sejuk + air batu

5. Sediakan campuran tepung:
Tapung beras + Tepung jagung – Ratio 3:1
Sedikit Serbuk kari
Garam
Gaul rata.
6. Toskan kentang yang dah siap rendam dalam air sejuk tadi. Gaul dalam campuran tepung tadi. Nak senang masuk dalam bekas bertutup dan goncangkan tapi jangan kuat sangat nanti kentang hancur.
Goreng kentang dalam minyak panas. Siap! Boleh la dimakan bersama sos dan mayonis.
Diorang yang hidang ni. Lepas tu makan dengan gembira.
Related