Cara Melegakan Batuk dan Selesema Bayi

Ibu ayah pastinya risau bila bayi yang berusia di bawah 2 tahun, mula batuk dan selesema. Bayi di bawah usia 2 tahun, tidak boleh diberikan ubat batuk atau selesema kerana kemungkinan ada kesan sampingan dan boleh meyebabkan keadaan bayi menjadi lebih teruk. Ummi sendiri pun memang akan risau, selepas 3 orang anak sekarang, memang ketiga-tiganya pernah batuk dan selesema sejak bayi.

salinakids.com

Jadi ummi nak kongsikan beberapa cara atau remedi semulajadi yang lebih selamat untuk melegakan batuk bayi. Semua cara ini ummi pernah buat untuk anak-anak ummi. InsyaAllah jika dilakukan dengan betul dapat membantu mengurangkan batuk dan selesema bayi.

Minyak Bawang Putih.

Bila anak mula batuk atau selesema, ummi akan buat sendiri minyak bawang putih di rumah. Caranya dengan membakar 1-2 ulas bawang putih bersama kulitnya, bakar sekejap sahaja untuk melembutkan bawang. Selepas itu boleh la dibuang kulitnya dan bawang putih dilenyek dengan garfu. Kemudian gaulkan bersama minyak zaitun (virgin olive oil atau extra virgin olive oil). Boleh juga gunakan minyak kelapa dara (virgin coconut oil). Jika kedua-duanya tiada, boleh sahaja menggunakan minyak masak yang ada di dapur rumah anda.

 

Minyak bawang putih bantu legakan batuk bayi

Sebelum menggunakan minyak bawang putih ini pada bayi, untuk pertama kali, perlu lah melakukan patch test dahulu. Sapukan sedikit dahulu minyak bawang putih tersebut pada kulit bayi dan lihat jika ada apa-apa kesan alahan pada kulit bayi. Ada sesetengah bayi yang mungkin alah pada minyak bawang putih, kemungkinan kulit bayi menjadi kemerahan, melepuh, atau naik ruam.

Jika sudah dipastikan tiada apa-apa alahan, boleh la teruskan sapu secara nipis sahaja minyak bawang putih tersebut pada bayi. Sapukan di bahagian dada, belakang badan, tapak kaki dan betis. Sambil tu boleh la lakukan sedikit urutan lembut pada bayi. Ummi akan ulang sapu minyak bawang putih ni beberapa kali dalam sehari, sehinggalah anak betul-betul sihat.

 

Steam Dan Tepuk Percussion

Ummi juga pernah mencuba cara steam atau pengewapan. Pengewapan dilakukan dengan cara membiarkan bayi menyedut udara wap panas. Sediakan air panas dalam besen air. Boleh juga masukkan bawang putih yang dibakar, dan minyak habbatussauda ke dalam air panas tersebut.

Bayi perlu dibedung, dan ibu perlu memegang bayi dengan kemas. Ibu duduk di atas kerusi sedikit tinggi sambil memegang bayi dan menghalakan muka bayi pada wap panas yang naik dari besen air panas tadi. Pastikan jarak tidak terlalu dekat antara muka bayi dan besen air panas.

Cara pengewapan ini lebih sesuai untuk kanak-kanak yang lebih besar dan boleh menerima arahan. Cara pengewapan mungkin sedikit bahaya kerana melibatkan bayi dan air panas. Ibu perlu lebih berhati-hati jika mahu melakukan cara pengewapan ini. Ummi biasanya akan buat cara ini bila suami ada bersama.

Tepuk percusison boleh dilakukan sewaktu atau selepas proses pengewapan. Selepas pengewapan, kahak dan hingus akan lebih cair atau longgar dan lebih mudah keluar dari hidung atau melalui batuk. Tetapi jika tidak melakukan pengewapan, ibu masih boleh melakukan tepuk percussion ini.

 

Bentuk tangan seperti cupping, untuk melakukan tepuk percussion.

Tepuk belakang badan bayi dengan tapak tangan yang melengkung. Elak dari tepuk di bahagian tulang belakang bayi. Tepuk di belakang badan bayi bahagian tepi kiri dan kanan. Tepuk juga di bahagian depan, di dada bayi kiri dan kanan. Tepuk percussion ini akan membantu melonggarkan kahak dalam dada seterusnya memudahkan kahak keluar. Untuk bayi, kahak biasanya akan keluar melalui muntah atau najis bayi.

 

Kunyit

Kunyit adalah antibiotik semulajadi dan mudah didapati dari dapur rumah. Ummi biasanya akan tumbuk sedikit kunyit hidup, dan sapukan kunyit tersebut di atas batang hidung bayi yang selesema. Boleh juga sapu di dada bayi untuk batuk.

 

Hirisan Bawang Merah

Ummi pernah mencuba cara menggunakan hirisan bawang merah ini. Hanya hiriskan bawang merah, dan letak berhampiran tempat tidur bayi. Bawang merah akan menyerap virus yang ada di sekeliling. InsyaAllah dapat membantu bayi untuk sembuh dari batuk dan selesema.

 

Sterimar dan Nasal Aspirator

Selain semua cara di atas, ummi juga ada menggunakan Sterimar nasal spray khas untuk bayi. Boleh dapatkan Sterimar ni di farmasi berdekatan. Sterimar ni selamat digunakan untuk bayi kerana hanya mengandungi air laut. Baringkan bayi secara mengiring dan spray sterimar ke dalam hidung bayi hanya sekali tekan. Hingus akan mencair dan mudah keluar melalui hidung. Boleh juga sedut hingus bayi menggunakan nasal aspirator.

Sterimar nasal spray
Nasal aspirator

 

Jaga Pemakanan

Bayi biasanya sudah mula makan bermula umur 6 bulan ke atas. Ibu boleh cuba jaga pemakanan bayi, elakkan makanan yang boleh menambah mucus, seperti susu lembu dan produk tenusu seperti butter dan cheese, roti, elakkan juga gula untuk bayi. Berikan bayi makanan yang boleh mengurangkan mucus seperti sayuran hijau dan buah pear. Boleh juga buatkan sup bone broth untuk bayi.

 

Sup bone broth sangat kaya dengan zat yang boleh meningkatkan tahap imun badan bayi. Ummi akan lebihkan bawang merah, bawang putih, halia, dan celery di dalam sup bone broth untuk anak. Bahan utama untuk sup bone broth ini adalah kaki ayam atau tulang ayam. Boleh masukkan juga bahan yang sedikit beracid seperti tomato atau lemon yang akan membantu menarik keluar zat dari tulang ayam masuk ke dalam sup.

 

Sup bone broth yang ummi buatkan untuk anak-anak.

Untuk bayi yang berumur 2 tahun ke bawah, yang masih menyusu susu ibu, ibu juga perlulah menjaga pemakanan. Elak makan makanan yang boleh menambah mucus contohnya susu dan produk tenusu, makanan manis atau bergula, jagung, roti, gandum. Lebihkan makan makanan yang boleh membantu mengurangkan kahak. Antaranya nenas, lemon, celery, sayuran hijau, habbatussauda dan madu.

 

Balm Bayi Tasneem Naturel, CF-Rub

Ummi bersyukur sangat lepas jumpa dengan balm CF-Rub dari Tasneem Naturel ni. CF-Rub adalah balm khas untuk membantu mengurangkan batuk dan selesema bayi dan juga kanak-kanak. Balm ini dari bahan semulajadi dengan gabungan 7 jenis essential oil. Kandungan essential oil di dalam balm diformulasikan mengikut nisbah untuk bayi. Jadi ia selamat untuk digunakan terus kepada bayi. Walaubagaimanapun, perlu juga lakukan patch test dahulu untuk sapuan pertama.

 

 

Balm Tasneem Naturel mendapat kelulusan KKM dan diproses dikilang bertaraf GMP. Ramai ibu yang telah menggunakan balm CF-Rub ini untuk anak yang batuk dan selesema, dan sangat berpuas hati dengan kesannya.

Ummi mula menggunakan CF-Rub ni untuk anak yang kerap batuk dan selesema. Anak sulung ummi, Hakim waktu tu berumur 7 tahun. Bila batuk, dia akan kena semput, dan lambat baik sampai lama tak dapat ke sekolah. Sejak guna CF-Rub, batuk dia cepat baik, tak berpanjangan lama. CF-Rub juga bantu melegakan pernafasan dia bila semput.

Sejak tu memang ummi akan sapu CF-Rub ni bila anak-anak batuk dan selesema. Balm ni mudah dibawa ke mana-mana, travel balik kampung, dalam kereta, terus boleh guna bila perlu. Sebab dah suka sangat dengan balm Tasneem Naturel ni, ummi terus jadi agen untuk sebarkan lagi kebaikan balm ni kepada lebih ramai ibu ayah di luar sana.

Boleh hubungi ummi terus ye untuk maklumat lanjut tentang balm CF-Rub ni.

 

Ummi Salina Mat Isa

Whatsapp 019-9421559

 

 

Leave a Reply