Good Deeds Tree, Aktiviti Menghayati Ramadan Bersama Anak

Ramadan datang lagi, bulan mulia, bulan penuh keberkatan. Sebagai ibu ayah, pastinya mahu anak-anak turut bersama, seronok menyambut Ramadan. Anak kecil biasanya belum dapat berpuasa, kita pun tidak la memaksa anak kecil untuk berpuasa sehari penuh kan.

Good Deeds Tree, Aktiviti Menghayati Ramadan Bersama Anak

Jadi kita boleh la buat pelbagai aktiviti bersama anak untuk mengajak anak menghayati erti Ramadan dan merasai nikmat Ramadan. Antara aktiviti untuk anak yang paling femes di bulan Ramadan, membuat Good Deeds Tree atau Pokok Perbuatan Baik.

Ummi pula baru Ramadan kali ni cuba ajak anak-anak buat Good Deeds Tree ni. Biasanya orang buat diawal Ramadan, jadi ada 30 perbuatan baik yang akan anak-anak buat setiap hari sepanjang Ramadan. Setiap kali selesai buat perbuatan baik tu, anak dapat la tampal daunnya pada pokok. Di akhir Ramadan pokok dah dipenuhi dengan daun-daun perbuatan baik.

Good Deeds Tree, Aktiviti Menghayati Ramadan Bersama Anak

Tapi Good Deeds Tree ummi ni, versi lain sikit, hehe. Kami buat pokok buah. Syifaa buat pokok buah epal merah. Hazim buat pokok buah mangga. Diorang sendiri yang pilih nak buah apa. Dan kami buat ni masa dah 13 Ramadan.

Asalnya ummi bercerita pada Syifaa dan Hazim, tentang syurga. Masa tu diorang tengah makan tengahari.

Hazim: Ummi sorang je tak makan. Hazim, Syifaa, baby, semua makan.

Ummi: Ye la, ummi kan puasa. Puasa dapat pahala, nanti dapat masuk syurga. Dalam syurga nanti ada sungai, boleh minum air susu banyak-banyak. Ada rumah cantik, ada pokok buah-buahan, boleh petik je nak buah apa, semua ada.

Syifaa: Syifaa nak buah epal, anggur. Syifaa nak rumah Syifaa cantik, ada pokok buah. Nanti Syifaa nak pergi syurga.

Bermula la imaginasi Syifaa tentang syurga impian dia. Anak kecil ni kan daya imaginasi tinggi, masukkan je imaginasi yang baik-baik dalam minda diorang.

Ummi pun cerita la macam mana nak sampai ke syurga tu. Kena buat baik, jadi budak baik, nanti dapat pahala banyak, dapat masuk syurga. Dan esoknya, ummi ajak la diorang buat pokok buah. Bayangkan pokok buah yang diorang nak kat syurga nanti.

Maka dari situ la terhasilnya Pokok Perbuatan Baik ni. Terjemahkan imaginasi anak-anak kecil ni dalam bentuk yang diorang boleh nampak dan rasa seronok. Memang seronok la bila dapat buat pokok, boleh petik-petik buahnya. Tapi syarat nak petik buah kena buat dulu perbuatan baik tu.

Hasilnya memang best sangat. Bila nak suruh mandi, sebut je pasal buah, mandi pagi nanti dapat petik buah. Kemas mainan, dapat buah. Tolong ummi kemas rumah dapat buah lagi. Mengaji, solat, terawih, semua dapat buah. Berlumba-lumba la diorang nak dapat kumpul buah paling banyak.

Tapi kena la ingatkan diorang juga, buat perbuatan baik tu bukan semata-mata nak dapat petik buah je. Tapi ganjaran sebenarnya dari Allah, jadi buat dengan ikhlas dan istiqamah setiap hari. Setiap hari jadi budak baik, sentiasa jadi budak baik sebab Allah melihat setiap perbuatan kita ❤️

Ok la jom tengok macam mana kami buat Pokok Perbuatan Baik versi kami ni, boleh tengok pada setiap gambar ye. Mudah dan simple je.

Bahan-bahan:

1. Kotak terpakai

2. Watercolour

3. Kertas warna

4. Gunting

5. Gam

6. Pelekat velcro

Langkah-langkah membuat Pokok Perbuatan Baik:

1. Lukis gambar pokok atas kotak terpakai.

Good Deeds Tree, Aktiviti Menghayati Ramadan Bersama Anak

2. Gunting dan bagi anak warnakan dengan watercolour.

Boleh juga tampal kertas berwarna, hijau untuk daun, coklat untuk batang dan dahan pokok.

Good Deeds Tree Aktiviti Menghayati Ramadan Bersama Anak

3. Dah siap warna, biarkan warna kering. Sentara tu boleh la buat langkah seterusnya.

 

Good Deeds Tree Aktiviti Menghayati Ramadan Bersama Anak

4. Buat kaki untuk tegakkan pokok. Boleh warnakan sekali kaki ni ikut warna batang pokok. Kami tak dapat warna dah sebab kehabisan warna coklat.

Good Deeds Tree Aktiviti Menghayati Ramadan Bersama Anak

5. Lukis gambar buah atas kertas berwarna, ikut nak buat buah apa. Kami buat epal merah dan mangga warna kuning.

Ummi buat template bentuk buah epal dan mangga dulu guna kotak nipis. Lepas tu senang nak tekap je bentuk buahnya.

Good Deeds Tree Aktiviti Menghayati Ramadan Bersama Anak

Good Deeds Tree Aktiviti Menghayati Ramadan Bersama Anak

Hazim lukis sendiri buah mangga dia. Tekap guna template yang ummi dah buatkan. Semangat dia melukis buah mangga banyak-banyak.

6. Tulis dulu perbuatan baik atas setiap buah tu. Lepas tu laminate kertas tu. Laminate untuk bagi tahan lama la kan, kalau tak sekejap je dah koyak-koyak.

Good Deeds Tree Aktiviti Menghayati Ramadan Bersama Anak

7. Dah siap laminate, boleh la menggunting pula setiap buah tu. Ummi guntingkan yang epal untuk Syifaa.

Hazim gunting sendiri buah mangga dia, memang senget-senget sikit la bentuk mangga dia tapi raikan je usaha dia, dia pun seronok je dapat gunting buah mangga sendiri.

Good Deeds Tree Aktiviti Menghayati Ramadan Bersama Anak

8. Tampal pelekat velcro pada belakang buah dan pada pokok/daun.

Good Deeds Tree Aktiviti Menghayati Ramadan Bersama Anak

Dah siap dah Pokok Perbuatan Baik.

Ada dua cara tau, boleh rujuk kat gambar tu. Atau boleh je ikut kreativiti korang.

Good Deeds Tree Aktiviti Menghayati Ramadan Bersama Anak

Good Deeds Tree Aktiviti Menghayati Ramadan Bersama Anak

Good Deeds Tree Aktiviti Menghayati Ramadan Bersama Anak

Nak tulis perbuatan baik tu, boleh ikut kesesuaian anak atau boleh google je Good deeds for kids during Ramadan, boleh cari idea di Pinterest.com

Good Deeds Tree Aktiviti Menghayati Ramadan Bersama Anak

Haa ni imaginasi terlebih ni. Hazim punya pokok dari awal dia dah bagitau nak tampal kat dinding, tinggi-tinggi, tak nak dirikan letak atas rak buku tu. Dia nak kait buahnya guna galah macam ni.

Ummi bagitau dia susah la nak tengok buah mana nak kait sebab ikut pada perbuatan baik dia kan, nak kena baca, tinggi-tinggi mana nampak.

Dia nak jugak letak macam tu. Ikutkan je la dia. Tapi memang best juga tengok dia seronok dapat kait-kait buah, masuk bakul.

Sekian perkongsian ummi. Boleh la ajak anak-anak buat Pokok Perbuatan Baik ni ye.

 

Leave a Reply

Open chat
Powered by