PKPB LAGI?? JOM AJAK ANAK BUAT SAMOSA INTI KENTANG & DAGING NI, MUDAH DAN BERKHASIAT

Mak-mak dah mula cari resepi ke tu? PKPB ni bagi mak-mak memang sinonim sangat la dengan aktiviti masak-masak kat rumah yang tak habis-habis tu kan. Sebab anak 24jam duduk rumah, kerja keluar masuk dapur je cari makanan. Haa ni ummi nak kongsi salah satu menu yang mudah dan boleh buat bersama anak. Kami baru je buat semalam ni. Hajatnya ummi nak simpan sikit buat stok frozen, tapinya tak cukup pulak hehe.

Kebetulan semalam harijadi atok Nin diorang, jadi goreng semua samosa ni bawak g rumah tok Nin. Semua sekali dapat dalam 22 biji je. Inti habis, kulit popia banyak je lagi. Next time la buat inti lagi. Diorang ni excited jugak la bila ummi ajak buat samosa ni. Sebab diorang selalu tengok dalam cerita kartun Motu Patlu tu mesti ada samosa. Cuma Hakim duk sebut jugak la samosa dalam tu bentuk piramid, bukan segitiga. Haha mana ummi tau nak buat bentuk piramidnya.

Yang bestnya aktiviti memasak ni sebenarnya boleh juga melatih kemahiran motor halus anak. Penting untuk perkembangan anak tau. Nak tulisan anak cantik pun perlu sangat latih kemahiran motor halus ni dulu. Lepas masak boleh makan, anak-anak pun kenyang dan happy dapat makan hasil tangan sendiri.

Ok jom tengok macam mana cara nak buat samosa ni. Ummi kongsi sekali resepi buat inti kentang + daging, ala sama je macam inti karipap tu. Tak de daging boleh je buat inti kentang saja ok.
Inti Kentang + daging yang dah siap masak, masuk bekas sejukkan dulu.

Bahan-bahan:

1. 2-3 biji bawang besar potong dadu
2. 4-5 biji kentang potong dadu
3. Daging kisar dalam satu cawan, ummi guna daging yang dikisar sendiri guna food processor. Nak beli daging kisar siap tu pun boleh.
4. 3-4 sudu besar serbuk kari bancuh dengan sedikit air
5. Garam
6. Daun sup

1. Tumis bawang besar yang dipotong dadu, separuh je dulu, lagi separuh nak masukkan dah last nanti.

Bila bawang dah layu, masukkan bancuhan serbuk kari dengan air tadi. Tumis sampai pecah minyak.

2. Masukkan daging hancur tadi. Kacau bagi sebati dengan rempah.
3. Masukkan air untuk bagi daging empuk. Perlahankan sikit api, tutup kuali dengan penutup kuali dan biar daging empuk. Jangan tinggal terus ye, tengok juga sekali sekala kacau untuk elak hangus belah bawahnya.
4. Daging dah empuk, masukkan kentang. Kacau rata.
5. Masukkan air lagi untuk bagi kentang empuk. Tutup dengan penutup kuali, tengok dan kacau sekali sekala.
6. Bila dah empuk semua, boleh la perasakan dengan garam. Masukkan daun sup yang dicincang halus.
7. Dah siap inti kentang + daging tadi, sejukkan dalam bekas dulu. Kulit popia tu pastikan dah keluarkan awal dari peti ais supaya lembut bila kita nak guna.
8. Sediakan semua bahan untuk membalut samosa.

Kulit popia tu, potong kepada 3 bahagian macam ni ye. Agak-agak la ukurannya sama besar.

Sedikan bancuhan tepung gandum dengan sedikit air, untuk jadikan ‘gam’.

9. Ambik dua keping kulit popia yg dah siap potong kepada 3 bahagian tadi. Dua keping ni kita nak cantumkan dia, jadi memanjang. Sapu ‘gam’ kat hujung kulit popia, dan cantumkan.
10. Letakkan inti kat hujung sekali, jangan banyak sangat nanti susah nak lipat.
11. Mula la melipat jadikan bentuk segitiga.
12. Lipat kemas-kemas ye, jangan longgar-longgar.
13. Dah lipat sampai hujung, sapukan ‘gam’ kat hujung tu dan lipat kemas.
14. Dah siap, macam tak kemas sangat tapi boleh la 😅
Hakim la yang ok sikit boleh buat sendiri. Hazim kena tolong lipatkan dulu yang awal. Syifaa pulak tolong kopekkan kulit popia je 😁 Bagus jugak untuk kemahiran motor halus dia kan.
Berlumba nak melipat samosa.
Siap dah, ingatkan dapat banyak, ni dapat dalam 22 biji je. Inti habis dah. Kulit popia banyak je lagi.
Goreng jangan api kuat ye, api perlahan je, kang hangus kulit popia.
Ok senang je kan, nampak je macam banyak step. Tapi boleh je prepare siap-siap dulu intinya sehari sebelum. Esoknya boleh la buat samosanya pulak. Selamat mencuba!

2 thoughts on “PKPB LAGI?? JOM AJAK ANAK BUAT SAMOSA INTI KENTANG & DAGING NI, MUDAH DAN BERKHASIAT

Leave a Reply