Wean off, sukarnya proses penceraian susu ibu : 9 Tips Cerai Susu

Perjalanan penyusuan susu ibu pastinya menjadi kenangan manis sepanjang hidup. Biasanya ibu akan menyusukan bayi sehingga berusia 2 tahun. Selepas itu bermula lah proses penceraian susu ibu.

Cerai susu atau ‘wean off’ biasanya menjadi proses yang agak sukar buat ibu dan anak. Ini kerana proses ini melibatkan emosi kedua-dua ibu dan anak tersebut.

Bayangkan anak sudah menyusu dengan ibu sejak lahir hingga la hampir cukup 2 tahun. Tiba-tiba ibu beritahu yang dia sudah tidak boleh menyusu lagi. Pasti akan tercalar sedikit emosi anak kan.

Surah al-Baqarah ayat 233

“Dan ibu-ibu hendaklah menyusukan anak-anak mereka selama dua tahun genap iaitu bagi orang yang hendak menyempurnakan penyusuan itu; dan kewajipan bapa pula ialah memberi makan dan pakaian kepada ibu itu menurut cara yang sepatutnya…”.

Ummi kongsikan di sini 9 tips cerai susu ibu, yang ummi kumpulkan hasil dari pembacaan ummi dan perkongsian ibu-ibu lain.

Ummi sendiri sudah melalui pengalaman bercerai susu untuk 3 orang anak. Setiap anak tidak sama pengalamannya. Paling dirasakan sukar waktu anak kedua. Dan yang terbaru, anak ketiga baru sahaja berjaya wean off dengan agak mudah, alhamdulillah.

 

1. Beritahu anak lebih awal.

Biasanya proses cerai susu akan bermula bila anak berusia 2 tahun. Ibu boleh la mula beritahu anak sekurang-kurangnya 3 bulan lebih awal.

Beritahu anak yang dia sudah besar, tidak perlu lagi menyusu susu ibu. Jika ibu sudah hamil anak seterusnya, boleh beritahu anak yang dia bakal mendapat adik.

Anak biasanya tidak akan terus dapat terima apa yang ibu beritahu. Selama 2 tahun menyusu susu ibu, pastinya sukar untuk anak terus berhenti.

Jadi beri anak masa, tak perlu terlalu memaksa, ibu juga perlu sabar dan pandai mengawal emosi.

2. Ayah perlu main peranan.

Peranan ayah sangat penting. Ayah boleh mula bercakap dengan anak, terangkan kenapa anak perlu berhenti menyusu dan ulang setiap hari hingga anak faham.

Pujuk anak bila anak mula menangis atau mengamuk mahu menyusu. Ayah boleh ambil alih tugas ibu, tidurkan anak dengan cara mendukung anak atau bacakan zikir / buku cerita hingga anak tertidur. Boleh juga ajak anak bermain hingga leka dan tertidur.

3. Sediakan air kosong dalam botol kegemaran anak.

Ajar anak untuk minum air kosong bila dia haus. Sediakan air kosong dalam botol kegemaran anak yang mudah untuk anak minum sendiri.

Botol air kosong juga perlu disediakan di tempat tidur anak. Berikan anak minum air kosong bila dia terjaga tengah malam.

4. Perkenalkan anak dengan susu segar (fresh milk).

Ibu boleh mula perkenalkan anak dengan susu segar (fresh milk). Pastikan anak tiada alahan kepada susu lembu segar yang ada di pasaran. Boleh juga perkenalkan dengan susu kambing segar.

Ajar anak minum susu segar menggunakan cawan atau sippy cup kegemaran anak. Boleh juga beri anak susu segar dalam botol straw.

5. Pastikan anak kenyang.

Anak biasanya akan minta untuk menyusu bila dia rasa haus atau lapar. Ibu perlu pastikan anak kenyang dengan memberi anak makan makanan pejal (solid food) mengikut waktu makan.

Boleh berikan anak snek seperti buah-buahan, biskut dan roti di antara waktu makan utama.

6. Jangan tawarkan anak untuk menyusu.

Ibu perlu cekal hati, jangan tawarkan anak untuk menyusu bila anak menangis kerana terjatuh atau terkejut. Ibu perlu ubah kepada cara lain untuk memujuk atau tenangkan anak.

Anak akan keliru jika ibu masih tawarkan anak menyusu sedangkan ibu sudah memberitahu anak untuk berhenti menyusu sebelumnya.

7. Alihkan perhatian anak.

Cuba alihkan perhatian anak bila dia mahu menyusu. Ibu boleh ajak anak bermain mainan kegemaran, bawa anak keluar rumah melihat burung, bawa ke taman permainan, atau beraktiviti bersama anak.

8. Balm Bayi Tasneem Naturel

Balm Bayi Tasneem Naturel, Calm Time dan Sleep Time dapat membantu ibu dan ayah dalam proses penceraian susu badan. Proses cerai susu akan lebih tenang dan mudah, insyaAllah.

Calm Time dapat membantu anak lebih tenang, elak anak dari meragam, mengamuk, menangis.

Sleep Time bantu anak untuk mudah tidur tanpa ‘mengempeng’. Anak dapat tidur lena dengan rutin yang teratur.

Jika ibu ayah ingin mencuba balm tasneem Calm Time dan Sleep Time, boleh la hubungi ummi melalui whatsapp. Ummi akan bantu untuk cara penggunaan yang betul dan berkesan, insyaAllah.

9. Doa dan Tawakal.

Apapun usaha kita, berdoa lah kepada Allah, semoga Allah permudahkan dan berkati setiap usaha kita. Setiap apa yang terjadi juga dengan izin Allah, dan pasti ada hikmah disebaliknya.

Semoga tips yang dikongsikan ini dapat membantu ibu-ibu untuk melalui proses cerai susu dengan tenang dan mudah, insyaAllah.

Leave a Reply